CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 17, 2008

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ini adalah titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap tuhan dengan hati bersih memperoleh kejayaan.Menguruskan jenazah adalah perkara yang tidak boleh elakkan begitu sahaja. Solat jenazah adalah fardu kifayah ke atas umat islam. Dengan adanya sebahagian umat islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis. Ramai generasi muda tidak tahu cara menguruskan jenazah dan menyerahkan sepenuhnya kepada golongan tua untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ibu atau ayah kita meninggal dunia, tergamaklah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu untuk melaksanakannya.Dalam mengerjakan solat jenazah,yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah selepas disolatkan oleh orang lelaki.

Hukum solat jenazah ini adalah fardu kifayah seperti hal menguruskannya.
1. Cara mengerjakan solat jenazah.- Bagi jenazah lelaki,imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.- Bagi jenazah perempuan,imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.- Tempat mengerjakan solat jenazah,dibolehkan di dalam masjid,di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempat itu luas dan bersih.
2. Rukun solat jenazah.-Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan.-Berdiri bagi yang berkuasa.-Bertakbir empat kali.-Salam.
3. Lafaz niat solat jenazah.
(a) Lafaz niat solat jenazah lelaki secara berjemaah dan menjadi makmum:Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.
(b) Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara berjemaah dan menjadi makmum:Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.
3. Bacaan dan doa dalam solat jenazah.
(a) Takbir yang pertama.(b) Takbir yang kedua.(c) Takbir yang ketiga.(d) Takbir yang keempat.

0 comments: