CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 17, 2008

PUASA RAMADAN

Pengertian Puasa:
Puasa dari segi istilah bahasa ialah menahan diri.Dari segi istilah syarak pula menahan diri dari makan dan minum berserta menahan daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puas dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan berniat pada malam harinya.Puasa adalah rukun islam yang ketiga yang wajib ditunaikan oleh setiap orang islam yang cukup syaratnya.Setiap tahun apabila tiba bulan Ramadan semua umat islam menyambutnya dengan rasa gembra kerana munculnya satu bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.Sepanjang bulan Ramadan semua umat islam berpuasa dan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah dalam merebut peluang ganjaran pahala dan keredaan daripada Allah Taala pada bulan itu.Ibadat puasa juga adalah setinggi amalan dalam mendekatkan diri seseorang dengan Allah Taala.

Hikmah Puasa:
1. Sabar.
2. Prihatin dan belas kasihan .
3. Mengenali erti kejayaan sebenar.
4. Menjaga masa.
5. Membentuk disiplin diri.
6. Memelihara fizikal dan mencergaskan minda.
7. Sifat ikhlas.
8.Memperkukuhkan kesatuan umah.

Syarat-syarat wajib puasa:
1.Islam.
2.Baligh.
3.Mampu berpuasa.

Syarat sah puasa:
1.Islam.
2.Mumaiyiz.
3.Suci daripada haid dan nifas.

Rukun puasa:
1.Niat pada malam harinya.‘Aku berpuasa esok hari menunaikan puasa fardu bulan Rmadan pada tahun ini kerana Allah Taala’.
2.Menahan diri daripada makan dan minumserta perkara yang boleh membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.

Perkara yang membatalkan puasa:
1.Makam dan minum dengan sengaja.
2.memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
3.Muntah dengan sengaja.
4.Keluar darah haid dan nifas.
5.Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6.Berbuka puasa sebelum masuk waktunya.
7.Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
8.Melakukan persetubuhan pada siang hari.
9.Bersalin.
10.Gila.
11.Murtad.

Orang yang tidak wajib berpuasa:
1.Orang kafir.
2.Orang murtad.
3.Orang sakit.
4.Orang musafir.
5.Orang yang tersangat tua
.6.Perempuan yang sedang haid dan nifas.
7.Perempuan hamil atau sedang menyusukan anak.
8.Orang yang terlalu lemah badannya.

Adab ketika berpusa:
1.Mejauhkan diri daripada mengumpat,mencela,mencaci, maki hamun dan sebagainya.
2.Mengurangkan dan minum ketika berbuka dan makansahur.
3.Mengurangkan tidur terutamanya pada siang hari.
4.Menahan hati dan fikiran daripada memikirkankeinginan-keinginan yang hina dan kotor.
5.menanamkan rasa penuh harapan terhadap segala amalibadat yang dilakukan semoga dibalas Allah denganbalasan yang setimpal.

Makruh ketika berpuasa:
1.Berkumur-kumur dan menggosok gigi setelah gelincirMatahari.
2.Berlebih-lebihan memasukkan air ke dalam hidung.
3.Mengeluarkan kata yang kotor dan sia-sia.
4.Berbekam jika berbekam itu melemahkan badan.
5.Mencium bau-bauan.
6.Merasa makanan dengan lidah.
7.Menggigit atau mengunyah benda keras.

0 comments: