CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 17, 2008

SOLAT JUMAAT

Pengertian solat jumaat ialah solat yang dilakukan pada hari Jumaat dalam waktu Zuhur sebanyak dua rakaat secara berjemaah dan didahului dengan dua khutbah.Solat Jumaat adalah solat yang diwajibkan oleh agama islam pada hari Jumaat dengan syarat-syarat yang ditentukan.Solat Jumaat hendaklah dilakukan secara berjemaah di masjid atau suatu tempat yang ditetapkan oleh pemerintah dan bilangannya mecukupi 40 orang lelaki.Cara mengerjakan solat Jumaat sama seperti solat lain sebanyak dua rakaat dengan lafaz niat.
Sunat Jumaat:
1. Mandi sunat sebelum pergi menunaikan solatJumaat.
2. Memakai pakaian yang serba putih danbersih.
3. Memotong kuku dan rambut.
4. Memakai bau-bauan.
5. Bersedekah.
Hikmah solat Jumaat:
1. Dapat mempereratkan tali persaudaraan Islam dalam sesebuah masyarakat.
2. Dapat mendengar nasihat dan pengajaran yang disampaikan dalam khutbah.
3. Meningkatkan syiar Islam di mana umat islam berkumpul seminggu sekali untuk beribadah kepada Allah.
4. Melambangkan kesatuan islam,iaitu semua yang hadir hanya mengikut seorang imam saja.
Solat berjemaah:Pengertian solat berjemaah ialah solat yang dilakukan oleh dua orang atau lebih secara bersama dengan niat mengikut imam dan hukumnya adalah sunat mua’kkad iaitu dituntut melakukannya.Sekurang-kurangnya solat berjemaah itu seorang imam dan seorang makmum.
Syarat sah berjemaah:
1. Makmum hendaklah berniat mengikuti imam.
2. Makmum hendaklah mengikuti imamnya dalam segala pekerjaan dan tidak boleh mendahului imam walaupun dengan satu perbuatan sekalipun.
3. Makmum mengetahui gerak-geri perbuatan imam.
4. Berhimpun imam dan makmum pada satu tempat.
5. Makmum hendaklah terbelakang sedikit daripada imam di sebelah kanan sekiranya makmum seorang dan di belakang imam kiranya jumlah yang ramai.
6. Susunan saf yang betul dengan didahului saf lelaki dewasa,kanak-kanak lelaki dan saf perempuan.
7. Imam tidak terpengaruh oaleh solat orang lain.
8. Bersamaan perbuatan solat antara solat imam san makmum.
9. Lelaki berimamkan lelaki,tidak dibolehkan lelaki berimamkan perempuan.

0 comments: