CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 17, 2008

MANDI WAJIB

Ada enam perkara yang mewajibkan mandi, iaitu:
1.Haid.
2.Nifas.
3.Keluar mani sama ada sengaja atau tidak.
4.Wiladah(melahirkan anak).
5.Jimak.
6.Mati(bukan mati syahid yakni mati dalam membela agama islam).

Rukun Mandi Wajib.
1.Niat di dalam hati ketika membasuh bahagianyang pertama dari tubuh badan.Melafazkanniat dengan lisan adalah sunat.
2.Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk celah-celah anggota badan sepertiseperti ketiak,celah telinga,celah peha,celahjari dan segala rambut serta bulu di badan.Tayammum.Tayammum ialah menggantikan wuduk atau mandi junub untuk mengharuskan seseorang itu melakukan solat,tawaf dan menyentuh Al-Quran.Tayammum hanya diharuskan apabila ketiadaan air atau tidak boleh menggunakan air atas sebab keuzuran.

Syarat Tayammum
1.Sakit yang sangat kuat menyebabkan tidakboleh kena air.
2.ketiadaan air setelah berusaha mencarinya atauada air yang mencukupi untuk diminum sahaja.
3.Uzur menggunakan air pada anggota-anggotawuduk seperti muka,tangan dan kaki keranaluka atau berbalut.
4.Telah masuk waktu solat fardu.
5.Menggunakan debu tanah yang suci.
6.Sekali bertayammum hanya untuk satu solatfardu sahaja.

Rukun Tayammum.
1.Niat tayammum untuk mengharuskan solat ataumenyentuh Al-Quran semasa memindahkantanah ke muka.
2.Menepuk dan memindahkan debu yang suci kemuka dan meratakannya.
3.Menepuk dan memindahkan debu yang sucike dua belah tangan hingga ke siku danmeratakannya.
4.Tertib.

Perkara yang membatalkan tayammum.
1.Tiap-tiap perkara yang membatalkan wudukmembatalkan tayammum.
2.Ada air sebelum memulakan solat tersebut.
3.Sembuh daripada keuzuran.

0 comments: