CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 17, 2008

PERKARA SUNAT DALAM SOLAT

Perkara-perkara sunat dalam solat terbahagidua,iaitu:
1.Sunat haiah.
2.Sunat Ab’adh.Sunat’ Ab’adh jika ditinggalkan hendaklahkita lakukan sujud sahwi,manakala sunat haiah tidak memerlukannya.

iftiSunat haiah ada 14 perkara.
1.Mengangkat tangan dengan kedua tapak tangan dan menghadap kiblat ketika takbiratul ihram,rukuk,iktidal dan ketika bangun daripada rakaat kedua.
2.Meletakkan perut tapak tangan di atas tangan kiri dan diletakkan di bawah dada.
3.Membaca doa iftitah.
4.Membaca ta’wuz iaitu A’uzubillah memohondaripada Allah daripada gangguan syaitan.
5.Membaca surah al-Fatihah dan surah lainselepasnya dengan suara yang kuat pada rakaatpertama dan kedua.
6.Membaca Amin selepas membaca surah al-Fatihah.
7.Membaca surah atau beberapa ayat al-QuranSelepas bacaan al-Fatihah.
8.Membaca takbir ketika rukuk,sujud,dudukantara dua sujud dan bangun daripada sujud.
9.Membaca ‘sami’allahu liman hamidah’ketika iktidal.
10.Membaca tasbih ketika rukuk sebanyak tigakali.
11.Membaca tasbih ketika sujud sebanyak tigakali.
12.Duduk iftirasy iaitu duduk di atas buku lalikaki kiri.
13.Duduk tawaruk iaitu duduk ketika tahiyat akhir.
14.Memberi salam yang kedua.

0 comments: