Era
Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik. Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar.
Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya yang juga mengenali beliau sebagai Tun Razak. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkhidmat menggantikan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.
Asal Usul
Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura. Perang Dunia ke 2 menyebabkan pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.
Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di England. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'. Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah menunjukkan kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa 18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menamatkan pengajian undang-undangnya dan dalam masa yang sama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.
Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib. Sekembalinya dari England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mula melibatkan diri dalam politik tanah air pada tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan menyertainya. Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bertanggungjawab membawa Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan mengenepikan dirinya sendiri.
Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bermula pada tahun 1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat sokongan masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.
Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan 'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan anak sulung Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Peranan Dan Sumbangan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.
Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.
Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Di arena antarabangsa
Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Membangunkan Malaysia
Walau bagaimanapun, sumbangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.
Pada 22 September 1970, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang kedua setelah Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dengan rela hati meletakkan jawatan ekoran tekanan politik dari dalaman UMNO sendiri. Pada tahun 1971 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO ke 22. Iltizam utamanya sebagai Perdana Menteri ialah menangani ke peringkat akar umbi sebab-musabah yang menyumbang kepada rusuhan kaum. Ada dua sebab utama yang menjadi punca ketegangan kaum iaitu kemiskinan orang-orang Melayu serta rapuhnya perpaduan kaum. Menyedari hakikat ini, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun negara.
'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya:
· Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
· Menghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi berdasarkan kaum.
Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan pragmatik. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang dilancarkan pada tahun lalu.
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.
Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak kelapa sawit.
Pemimpin yang berjiwa rakyat
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu.
Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.
Era kepimpinan adalah era revolusi mental yang menampilkan falsafah budaya, sosial, politik dan ekonomi negara dirumus semulakan secara komprehensif dan pragmatik.
Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Malaysia melalui satu proses transformasi yang besar sehingga makna Kemerdekaan benar-benar dapat dirasai. Gelaran 'Bapa Pembangunan' memang bertepatan buatnya kerana Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Husseinlah yang bertanggungjawab meletakkan batu asas kepada pembangunan yang kita amati hari ini.
Keistimewaan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang peka terhadap masalah-masalah yang dialami rakyat negara ini. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein seorang pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan. Kepimpinan Tun Abdul Razaklah yang mengasaskan perancangan yang sistematik dan teliti melalui sistem `Bilik Gerakan'. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air yang telah berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi. Pelbagai kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di dalam dan luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa Pembangunan Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan yang sejati. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Saturday, October 18, 2008
KERJAYA SEBAGAI PERDANA MENTERI
Posted by ashikin at 4:56 AM 0 comments
Kerjaya sebagai juruterbang
Kerjaya sebagai seorang juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran dan berisiko.Memandu kapal terbang bukannya seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendaliannya amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau di luar negara.Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh ataupun dekat. Tugas juruterbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan.Sebelum penerbangan, juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan eletronik.Semasa penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalulintas udara dari mula hingga akhir penerbangan.Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam ataupun di luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan sebagai seorang juruterbang. Daripada segi pendapatan, kerjaya ini memang menjanjikan gaji yang tinggi.Ciri-ciri peribadi yang diperlukan1. Mempunyai minat yang mendalam.2. Mempunyai keyakinan yang tinggi serta berani.3. Boleh berkomunikasi dengan baik.4. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.5. Menguasai matapelajaran Sains, Matematik dan Fizik.6. Rekod kesihatan yang baik7. Mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik.8. Ketinggian minimum = 160 cmTempat latihan penerbanganTempatan1. MAS2. Malaysian Flying Academy3. Mofaz Air Flying Academy.Luar negara1. Australia2. Filipina3. United Kingdom4. Amerika SyarikatSYARAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN1. Lulus SPM2. Mendapat A1 atau A2 di dalam Bahasa Melayu ( SPM)3. Lulus Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris ( SPM )4. Matapelajaran Sains yang baik diberi keutamaan
Posted by ashikin at 4:55 AM 0 comments
KERJAYA SEBAGAI AHLI FARMASI
Farmasi ditafsirkansebagai pembuatan dan pemberian ubat. Farmasi adalah satu kerjaya di manaahli-ahli farmasi membuat kajian untuk mencipta ubat-ubat baru. Ahli farmasijuga bertanggung-jawab memberikan ubat kepada pesakit-pesakit(dispensing).
Terdapat beberapa sektordi mana ahli-ahli farmasi diperlukan :
· JabatanKerajaan - di Malaysia, terdapat duatempat utama di mana tenaga ahli farmasi diperlukan.Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan(BPFK)adalah tempat di mana ubat-ubatdidaftarkan. Ubat-ubat yang hendak daftarkan hendaklah menjalankan beberapaujian di BPFK. BPFK juga memeriksa kilang-kilang untuk menentukan pembuatanubat-ubat dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan (Good ManufacturingPractice, GMP). Bidang penguatkuasa farmasi pula bertanggung-jawab memeriksa danmenentukan farmasi-farmasi, klinik-klinik dan kedai-kedai lain menjual ubatmenurut undang-undang yang telah ditetapkan. Contohnya, ubat-ubatan herba yangmengandungi ubat-ubatan terkawal seperti steroid adalah di bawah pengawasanUnit Penguatkusa Farmasi(UPF) ini. Selain itu, UPF juga bertindakmenurut akta-akta lain yang telah ditentukan.
· Hospital. Di hospital pemberian ubatkepada pesakit adalah di bawah kawal selia ahli farmasi. Ahli-ahli farmasimengawasi hospital assistants (HA) dalam pemberian ubat-ubatan.
· Peruncitan. Farmasi-farmasi yangdibuka menjual ubat-ubat kawalan dan ubat-ubat biasa (over-the counter, OTC)seperti Panadol dsb.
· Industri. Dalam sektor ini ahlifarmasi bertanggung-jawab dalam pengeluaran ubat, impot dan ekspot dan jugaresearch and development (R&D). Walaubagaimanapun, R&D di Malaysiatidaklah begitu ketara. Kebanyakannya dilakukan oleh negara-negara kaya. Itulahsebabnya, negara-negara tersebut boleh mengeluarkan ubat-ubatan baru danubat-ubatan yang semakin canggih.
Isu
Antara isu yang hangatdiperkatakan di Malaysia ialah isu "dispensing right" di mana ahli-ahli farmasimeminta hak mereka sebagai seorang ahli farmasi dalam memberikan ubat(dispensing) dapat dipenuhi. Di Malaysia, hak membuat diagnosis dan memberipreskripsi adalah di tangan para doktor. Bagaimanapun, hak dispensing yangsepatutnya dimiliki oleh ahli farmasi juga dipegang bersama oleh paradoktor.
Bidang farmasi diMalaysia bolehlah dikatakan masih lagi baru. Ia belum lagi berkembang seperti dinegara-negara maju, terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah. Fungsi ahlifarmasi belum lagi dijalankan sepenuhnya seperti negara-negaratersebut.
Di negara-negara majuseperti Amerika Syarikat dan Eropah, dan juga negara-negara lain sepertiAustralia, negara-negara Arab, New Zealand, Pakistan, Bangladesh dan Indonesiapara doktor tidak dibenarkan memberi ubat. Mereka hanya diberikan hak untukmengeluarkan preskripsi dan ubat-ubat hendaklah diambil atau dibeli darifarmasi. Pada tahun 2000 Korea Selatan telah mula menguatkuasakan undang-undangyang sama. Walaupun mendapat tentangan hebat dari para doktor, akhirnyaundang-undang tersebut dijalankan juga.
Pelbagai hujahdikeluarkan dikeluarkan kedua-dua pihak seperti tidak cukupnya bilangan farmasiyang berkecimpung dalam bidang peruncitan atau farmasi yang buka 24 jam. Ahlifarmasi pula berhujah bahawa kos perubatan akan menjadi lebih murah bila hakdispensing diberikan kepada ahli farmasi. Antara hujah lain yang diketengahkanoleh ahli farmasi ialah :
· Ahli farmasi lebihmendalami mengenai ubat-ubatan yang diambil
· Harus ada satu sistem dimana counter-check boleh dilakukan. Dengan konsep sekarang di mana doktormembuat diagnosis dan memberi ubat, pesakit tidak boleh membuat counter-checktentang ubat-ubatan yang diambil. Ahli farmasi lebih mengetahui tetangkesan-kesan sampingan ubat, interaksi antara ubat-ubat dan sebagainya. Sekiranyatugas dispensing diberikan kepada ahli farmasi, beliau boleh counter-checkubat-ubat yang dipreskripsikan oleh doktor. Baru-baru ini contohnya kitadikejutkan dengan berita kematian seorang bayi yang mengambil paracetamol(Panadol) dalam dos yang tinggi. Perkara ini mungkin boleh dielakkan sekiranyaada counter-check antara prescription dan dispensing.
· Ketidak-cukupan bilanganahli farmasi bukanlah satu isu yang besar. Ia adalah isu "chicken and egg". Ahlifarmasi keberatan untuk membuka farmasi kerana hak dispensing tidak merekamiliki. Sekiranya hak dispensing tersebut diberikan kepada ahli farmasi, kamiyakin akan banyaklah farmasi yang akan dibuka, di serata ceruk di Malaysia. Silabaca rencana yang ditulis oleh Utusan Pengguna Februari, 2001 di bawah.
· Masahadapan
Walaupun hak dispensing masih belum diberikan kepada ahli farmasi,prospek pekerjaan dalam bidang ini agak cerah. Bilangan ahli farmasi di Malaysiaadalah tidak mencukupi. Kadar seorang ahli farmasi : penduduk adalah sekitar1:7,000.Lebih banyak farmasi perlu dibuka untuk memperkenalkan bidangini kepada orang awam. Kebanyakan farmasi dibukadi bandar-bandar kerana orang-orang bandar lebih mementingkan kesihatan mereka.Mereka lebih bersedia untuk mengambil makanan-makanan tambahan seperti vitaminsdsb. Ahli farmasi harus memberikan penerangan yang lebih berkesan mengenaiperkara ini. Konsep pencegahan lebih baik daripada rawatan telah dapat diterimaoleh kebanyakan orang.Ada juga orang ramai yangtidak suka mengambil ubat berlebihan kerana kesan-kesan buruk ubat tersebut.Ahli farmasi boleh mencadangkan rawatan-rawatan alternatif yang ada.Ahli farmasi hendaklahberkerja bersama-sama dengan doktor untuk menaikkan taraf kesihatan penduduk Malaysia.
Posted by ashikin at 4:55 AM 0 comments
Juruterbang gagah membelah awan
MENAKLUK awam biru sering kali menjadi antara cita-cita yang diidamkan. Bagi anak gadis, baju kebaya cantik yang disarung pramugari menjadi impian manakala anak teruna pula, lebih teruja dengan kerjaya sebagai juruterbang.Bukan saja pakaian kemas yang kelihatan amat segak bila dikenakan, cabaran, imej, gaji (purata RM5,000 hingga RM25,000) dan pulangan lumayan pastinya menjadi tarikan. Namun, bukan semua yang bernasib baik dapat menjalani latihan penerbangan dan bergelar juruterbang. Kelayakan akademik yang baik, satu caturan dan paling utama, yuran pengajiannya amat mahal sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul seorang juruterbang.Beratus, beribu, malahan puluhan ribu nyawa `di tangan’. Sebarang kesilapan dan ketidakupayaan menangani sebarang masalah ketika terbang laju di udara akan membawa 1,001 keburukan.Kerana itu juga, latihan yang perlu dijalani sebelum bergelar juruterbang amat mencabar keupayaan dan ketahanan mental serta fizikal. Bagi yang berminat bergelar juruterbang, Asia Pacific Flight Training (APFT) adalah lokasi tepat mengejar cita-cita.Bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan, sekolah latihan juruterbang bertaraf dunia ini menyediakan kursus berkenaan dengan didokongi 14 jurulatih berpengalaman dan berkemahiran tinggi.Pengurus Besar merangkap Pengetua APFT, Mejar (B) Mohd Khalid Ali, 56, yang berpengalaman luas dalam pengurusan operasi, penerbangan korporat dan memiliki lesen Juruterbang Pengangkut Udara (ATPL), berkata bukan mudah menjadi juruterbang. “Banyak ujian, halangan dan cabaran yang perlu dilalui. Saya sendiri mengikuti kursus jurulatih di Royal Air Force College Shawbury, United Kingdom dan kursus keselamatan penerbangan dengan UCLA, California, selain kursus pengurusan penerbangan di RAF College Cranwell dan Weybridge, London, United Kingdom. “Namun, setiap pelatih di sini mempunyai jaminan kerjaya sebagai juruterbang bertaraf antarabangsa sama ada dengan Penerbangan Malaysia (MAS) atau syarikat penerbangan lain di dunia,” katanya yang menguruskan 65 bakal juruterbang ketika ini.Bakal juruterbang, Abdul Rahman Abdul Malik, 20, anak kelahiran Sarawak, amat bertuah kerana cita-citanya untuk menjadi juruterbang bakal menjadi kenyataan.Dia yang dulunya mengikuti pengajian A Level di New Zealand mengambil keputusan beralih haluan dan mengejar cita-cita yang ditanam sedari kecil.Lebih bertuah apabila hasrat Abdul Rahman menjadi juruterbang disokong penuh keluarga yang bersedia membiayai pengajiannya di sebuah sekolah latihan juruterbang bertaraf dunia, Asia Pacific Flight Training (APFT), di Pengkalan Chepa, Kelantan.Anak bongsu daripada lima beradik, Ahmad Syamil Othman, 19, juga amat bertuah kerana cita-cita menjadi juruterbang mendapat sokongan keluarga.Lulusan jurusan sains komputer kolej swasta itu mengakui kerjaya juruterbang bukan mudah. Latihannya juga sudah cukup menguji. Pengalaman pertama membuat pusingan tajam pada ketinggian lebih 2000 kaki dengan pesawat satu enjin ketika latihan memang mengerikan namun ia bukan halangan baginya untuk menggapai cita-cita.“Alah bisa tegal biasa. Saya sukakan kerjaya ini dan pasti akan bergelar juruterbang satu hari nanti. Saya tidak akan sia-siakan pengorbanan keluarga yang sanggup membiayai pengajian di APFT,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.Pelatih APFT yang dibiayai Penerbangan Malaysia (MAS), Mohd Ridhzuan Sapri, 25, dari Sabah, berkata dia memohon menjadi juruterbang kerana minat yang mendalam."Meskipun mampu mendapatkan pekerjaan selesa dengan ijazah daripada Universiti Multimedia yang saya miliki, saya tetap memilih juruterbang sebagai kerjaya kerana beranggapan ia kerjaya yang amat mencabar,” katanya.Bekas pelajar Kolej Damansara Utama Kuala Lumpur, Ashwin Ganapathy, 19, berkata keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu melayakkan dia mendapat biasiswa kerajaan bagi mengikuti pengajian di situ.
Posted by ashikin at 4:54 AM 0 comments
Tuesday, June 3, 2008
Kisah Seram
1. 13 Tangga Syaitan : Seorang pelajar sedang mencari rakannya di bangunan usang sekolah tersebut. Sedang dia menuruni tangga, anak tangga yang mempunyai 12 telah dikira menjadi 13. Disebabkan pelik, dia melihat ke bawah dan mendapati rakannya terbaring dan telah mati.
2. Makmal Biologi yang Tak Dapat Dibuka : Pada suatu senja, semasa sekolah itu baru ditubuhkan, lampu di makmal biologi telah rosak. Seorang guru telah meminta seorang pelajar wanita untuk menukar lampu tersebut dengan diterangi nyalaan lilin. Ketika membuka keluar mentol, meja yang dinaiki telah hilang keseimbangan lalu terjatuh dan skaf pelajar tersebut tersangkut pada pemegang lampu. Pelajar tersebut ditemui mati tergantung dengan diterangi nyalaan lilin. Peristiwa aneh berlaku beberapa lama kemudian apabia Makmal Biologi tersebut terputus bekalan elektrik, guru yang bertugas di bilik itu telah menyalakan lilin dan ternampak bayangan pelajar perempuan tersebut terawang-awang seperti keadaan ketika dia mati. Apabila bekalan elektrik kembali pulih, bayangan tersebut terus lenyap.
3. Bilik yang mempunyai Tangan Berterbangan : Di bilik percetakan yang lama, seorang pelajar lelaki telah terpotong tangannya secara tidak sengaja dengan mesin pemotong kertas. Dia telah dikejarkan ke hospital tetapi mati ketika dalam perjalanan. Pihak seklah dan polis telah mencari sisa tangan yang terpotong itu tetapi tidak ditemui. Sejak itu, orang boleh mendengar suara seorang budak menangis kesakitan dan melihat tangan yang berterbangan.
4. Pokok Ginkgo : Terdapat seorang pelajar yang sering dibuli dan akhirnya tergantung pada pokok Ginkgo dengan tanda manji yang terukur pada batangnya. Dikatakan sejak itu, badan yang tergantung sering kelihatan di waktu malam.
5. Dewi Bijaksana : Seorang pelajar lelaki telah dihempap oleh patung dewi di penjuru kawasan sekolah dan sejak itu, badan yang hancur itu dikatakan kelihatan berlumuran darah pada waktu malam.
6. Perigi Berdarah : Seorang pelajar perempuan telah terjatuh ke dalam perigi dan perigi itu kemudiannya dipenuhi darah.
7. Pantulan Berdarah : Dahulu ada pelajar muzik yang telah terlanggar tingkap kaca di Bilik Alatan Muzik dan mati serta-merta. Selepas itu, dikatakan terdapat bayangan tubuh yang berdara yang dipantulkan pada kaca tingkap.
[sunting] Kebenaran di sebalik Tujuh Keajaiban
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang nyata menyusul.
Sebenarnya, semua ini rekaan seorang guru seklah tersebut yang dahulu pernah menjadi saintis bagi syarikat dadah. Dahulu, pihak syarikat tersbeut telah menggunakan enam oang sukarelawan sebagai subjek eksperimen tetapi eksperimen mereka gagal dan mengundang maut. Disebabkan panik, para penyelidik telah membuat keputusan untuk menyembunyikan mayat tersebut, tetapi bangunan penyelidikan itu kemudiannya ditukarkan menjadi tapak Sekolah Menengah Fudo. Maka, mereka meletakkan mayat itu di beberapa tempat di dalam bangunan sekolah dan menyebarkan kisah seram agar guru dan pelajar menjauhi kawasan berkenaan. Seorang ahli telah dihantar ke sekolah tersebut untuk memastikan mayat-mayat itu tidak dijumpai.
Keajaiaban yang terakhir iaitu keajaiaban ketujuh direka sepuluh tahun sebelum satu siri kes pembunuhan berlaku dalam cerita ini iaitu seorang pelajar perempuan yang telah mengetahui terlalu banyak maklumat mengenai hal ini telah dibunuh oleh guru tersebut. Seperti sebelumnya, mayatnya ditanam di dalam dinding sekolah dan satu cerita seram diwujudkan.
Tujub keajaiban kemudiannya bangkit semula apabila bangunan lama hendak dirobohkan. Akibat takut yang mayat-mayat tersebut ditemui, guru tersebut menghantar surat ugutan kepada pengetuadengan nama "Ahli Sihir Selepas seklah". Malangnya, Persatuan Pengajian Misteri yang diketuai oleh Ruiko Sakuragi, memutuskan untuk menyiasat tujuh keajaiban tersebut. Pada satu malam, Ruiko telah tinggal di sekolah semalaman untuk mencari lebih maklumat tentang tujuh misteri tersebut. Walau bagaimanapun, gempa bumi berlaku dan mayat pelajar perempuan tersebut terdedah oleh dinding yang pecah. Guru itu, yang juga penasihat Persatuan Pengajian Misteri, menyaksikannya lalu takut akan rahsia terbongkar, dia membunuh Ruiko dan memasukan semula mayat itu ke dalam dinding. Disebabkan lubang yang mendedakan mayat terlalu besar, dia menggantikannya dengan poster. Ahli persatuan yang lain, yang hendak menanggalkan poster tersebut telah dibunuh juga olehnya.
Kindaichi kemudiannya mendapati yang asalnya hanya terdapat 6 keajaiban. Lagipun, pembunuhan tidak berlaku di tempat seperti yang tertera dalam keajaiban dan pembunuh pula tidak meletakkan mangsa betul-betul di tempat seperti yang diceritakan dalam keajaiban tersebut. Ini disebabkan guru itu akan risau jika pihak polis menyiasat lebih tentang temapt yang mayat-mayat asalnya disembunyikan.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Tujuh_Pengajaiban_Sekolah_Fudo"
Posted by ashikin at 11:34 PM 0 comments
Saturday, May 17, 2008
ONN JAAFAR
Dato Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962). Beliau ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
Jadual isi kandungan
[tutup]
1 Kehidupan awal
2 Kerjaya politik
3 Garis masa
4 Lihat juga
5 Rujukan
//
[sunting] Kehidupan awal
Dilahirkan di Bukit Gambir, Muar, Johor, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
[sunting] Kerjaya politik
Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.
Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959.
Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
[sunting] Garis masa
· 1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .
· 1901 Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
· 1902 Ibunya Rugayah meninggal dunia
· 1903 Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.
· 1910 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
· 1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.
· 1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
· 1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah ( gadis Cina, anak angkat bapanya).Mendapat 4 anak dan isterinya meninggal dunia.
· 1915 Berkahwin kali ke-2 dengan Che Jamilah dan mendapat anak - Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
· Berkahwin kali ke-3 dengan Che Kah, seorang pelakon Bangsawan.
· 1917 Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
· 1919 Berkahwin kali ke-4 dengan Halimah Hussein , janda adiknya.Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn.
· 1920 Bekerja semula di Pejabat Pnasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
· 1922 Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
· 1923 Pegawai di Pejabat Tanah Muar
· 1924 Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
· 1927 Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
· 1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
· 1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
· 1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
· 1936-1941 Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
· 1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
· 1945-1946 Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
· 1946-1949 Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
· 1946 Menganjurkan Kongres Melayu 1946
· 1946-1951 (umur 51): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober.
· 1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.
· 1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
· 1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
· 1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
· 1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.
· 1955 Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
· 1959 Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang
· 1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
· 1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru.
Posted by ashikin at 6:10 AM 0 comments
MANDI WAJIB
Ada enam perkara yang mewajibkan mandi, iaitu:
1.Haid.
2.Nifas.
3.Keluar mani sama ada sengaja atau tidak.
4.Wiladah(melahirkan anak).
5.Jimak.
6.Mati(bukan mati syahid yakni mati dalam membela agama islam).
Rukun Mandi Wajib.
1.Niat di dalam hati ketika membasuh bahagianyang pertama dari tubuh badan.Melafazkanniat dengan lisan adalah sunat.
2.Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk celah-celah anggota badan sepertiseperti ketiak,celah telinga,celah peha,celahjari dan segala rambut serta bulu di badan.Tayammum.Tayammum ialah menggantikan wuduk atau mandi junub untuk mengharuskan seseorang itu melakukan solat,tawaf dan menyentuh Al-Quran.Tayammum hanya diharuskan apabila ketiadaan air atau tidak boleh menggunakan air atas sebab keuzuran.
Syarat Tayammum
1.Sakit yang sangat kuat menyebabkan tidakboleh kena air.
2.ketiadaan air setelah berusaha mencarinya atauada air yang mencukupi untuk diminum sahaja.
3.Uzur menggunakan air pada anggota-anggotawuduk seperti muka,tangan dan kaki keranaluka atau berbalut.
4.Telah masuk waktu solat fardu.
5.Menggunakan debu tanah yang suci.
6.Sekali bertayammum hanya untuk satu solatfardu sahaja.
Rukun Tayammum.
1.Niat tayammum untuk mengharuskan solat ataumenyentuh Al-Quran semasa memindahkantanah ke muka.
2.Menepuk dan memindahkan debu yang suci kemuka dan meratakannya.
3.Menepuk dan memindahkan debu yang sucike dua belah tangan hingga ke siku danmeratakannya.
4.Tertib.
Perkara yang membatalkan tayammum.
1.Tiap-tiap perkara yang membatalkan wudukmembatalkan tayammum.
2.Ada air sebelum memulakan solat tersebut.
3.Sembuh daripada keuzuran.
Posted by ashikin at 6:07 AM 0 comments
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT
Perkara-perkara sunat dalam solat terbahagidua,iaitu:
1.Sunat haiah.
2.Sunat Ab’adh.Sunat’ Ab’adh jika ditinggalkan hendaklahkita lakukan sujud sahwi,manakala sunat haiah tidak memerlukannya.
iftiSunat haiah ada 14 perkara.
1.Mengangkat tangan dengan kedua tapak tangan dan menghadap kiblat ketika takbiratul ihram,rukuk,iktidal dan ketika bangun daripada rakaat kedua.
2.Meletakkan perut tapak tangan di atas tangan kiri dan diletakkan di bawah dada.
3.Membaca doa iftitah.
4.Membaca ta’wuz iaitu A’uzubillah memohondaripada Allah daripada gangguan syaitan.
5.Membaca surah al-Fatihah dan surah lainselepasnya dengan suara yang kuat pada rakaatpertama dan kedua.
6.Membaca Amin selepas membaca surah al-Fatihah.
7.Membaca surah atau beberapa ayat al-QuranSelepas bacaan al-Fatihah.
8.Membaca takbir ketika rukuk,sujud,dudukantara dua sujud dan bangun daripada sujud.
9.Membaca ‘sami’allahu liman hamidah’ketika iktidal.
10.Membaca tasbih ketika rukuk sebanyak tigakali.
11.Membaca tasbih ketika sujud sebanyak tigakali.
12.Duduk iftirasy iaitu duduk di atas buku lalikaki kiri.
13.Duduk tawaruk iaitu duduk ketika tahiyat akhir.
14.Memberi salam yang kedua.
Posted by ashikin at 6:04 AM 0 comments
PERKARA SUNAT,HARUS KETIKA BERPUASA
Perkara-perkara sunat ketika berpuasa:
1. Menyegerakan berbuak puasa.
2. Berdoa ketika berpuasa.
3. Berbuka dengan buah kurma atau benda yang manis.
4. Melambatkan makan sahur.
5. Menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
6. Mengerjakan solat sunat Tarawikh pada setiap malam Ramadan.
7. Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.
8. Memperbanyakkan sedekah.
9. Menjamu orang berbuka atau menghantarkanmakanan untuk berbuka puasa di masjid atau disurau.
10. Iktikaf di masjid pada sepuluh yang akhirbulan Ramadan.
Perkara yang harus ketika berpuasa:
1. Menjirus air ke atas kepala.
2. Menitikkan sesuatu kedalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak.
3. Makan ,minum dan berjimak pada malam hari sehingga terbit fajar.
4. Merasa makanan tanpa menelannya.
Amalan-amalan yang baik dilakukan pada bulan Ramadan.
1. Solat sunat Tarawikh.
2. Tadarus Al-Quran.
3. Bersedekah.
4. Memperbanyakkan amal soleh.
Tingkatan orang yang berpuasa:
1. Puasa golongan awam.
2. Puasa golongan Alul Khawas.
3. Puasa golongan Ahlul Ma’rifat.
Posted by ashikin at 6:00 AM 0 comments
PUASA RAMADAN
Pengertian Puasa:
Puasa dari segi istilah bahasa ialah menahan diri.Dari segi istilah syarak pula menahan diri dari makan dan minum berserta menahan daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puas dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan berniat pada malam harinya.Puasa adalah rukun islam yang ketiga yang wajib ditunaikan oleh setiap orang islam yang cukup syaratnya.Setiap tahun apabila tiba bulan Ramadan semua umat islam menyambutnya dengan rasa gembra kerana munculnya satu bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.Sepanjang bulan Ramadan semua umat islam berpuasa dan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah dalam merebut peluang ganjaran pahala dan keredaan daripada Allah Taala pada bulan itu.Ibadat puasa juga adalah setinggi amalan dalam mendekatkan diri seseorang dengan Allah Taala.
Hikmah Puasa:
1. Sabar.
2. Prihatin dan belas kasihan .
3. Mengenali erti kejayaan sebenar.
4. Menjaga masa.
5. Membentuk disiplin diri.
6. Memelihara fizikal dan mencergaskan minda.
7. Sifat ikhlas.
8.Memperkukuhkan kesatuan umah.
Syarat-syarat wajib puasa:
1.Islam.
2.Baligh.
3.Mampu berpuasa.
Syarat sah puasa:
1.Islam.
2.Mumaiyiz.
3.Suci daripada haid dan nifas.
Rukun puasa:
1.Niat pada malam harinya.‘Aku berpuasa esok hari menunaikan puasa fardu bulan Rmadan pada tahun ini kerana Allah Taala’.
2.Menahan diri daripada makan dan minumserta perkara yang boleh membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.
Perkara yang membatalkan puasa:
1.Makam dan minum dengan sengaja.
2.memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
3.Muntah dengan sengaja.
4.Keluar darah haid dan nifas.
5.Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6.Berbuka puasa sebelum masuk waktunya.
7.Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
8.Melakukan persetubuhan pada siang hari.
9.Bersalin.
10.Gila.
11.Murtad.
Orang yang tidak wajib berpuasa:
1.Orang kafir.
2.Orang murtad.
3.Orang sakit.
4.Orang musafir.
5.Orang yang tersangat tua
.6.Perempuan yang sedang haid dan nifas.
7.Perempuan hamil atau sedang menyusukan anak.
8.Orang yang terlalu lemah badannya.
Adab ketika berpusa:
1.Mejauhkan diri daripada mengumpat,mencela,mencaci, maki hamun dan sebagainya.
2.Mengurangkan dan minum ketika berbuka dan makansahur.
3.Mengurangkan tidur terutamanya pada siang hari.
4.Menahan hati dan fikiran daripada memikirkankeinginan-keinginan yang hina dan kotor.
5.menanamkan rasa penuh harapan terhadap segala amalibadat yang dilakukan semoga dibalas Allah denganbalasan yang setimpal.
Makruh ketika berpuasa:
1.Berkumur-kumur dan menggosok gigi setelah gelincirMatahari.
2.Berlebih-lebihan memasukkan air ke dalam hidung.
3.Mengeluarkan kata yang kotor dan sia-sia.
4.Berbekam jika berbekam itu melemahkan badan.
5.Mencium bau-bauan.
6.Merasa makanan dengan lidah.
7.Menggigit atau mengunyah benda keras.
Posted by ashikin at 5:56 AM 0 comments
RUKUN SOLAT
Rukun Solat:
1.Berdiri betul .
2.Niat.
3.Takbiratul Ihram.
4.Membaca Al-Fatihah.
5.Rukun serta thoma’minah.
6.Iktidal serta thoma’minah.
7.Sujud dua kali serta thoma’minah.
8.Duduk antara dua sujud serta thoma’minah.
9.Duduk tahiyat akhir.
10.Membaca tahiyat akhir.
11.Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad.
12.Salam yang pertama.
13.Tertib.
Perkara membatalkan Solat.
1.berkata-kata dengan sengaja lain daripadamembaca Al-Quran,zikir atau doa.
2.Melakukan perbuatan selain daripadapelakuan solat.
3.Berhadas sama ada hadas kecil atau besar.
4.Badan atau pakaian terkena najis.
5.Terbuka aurat walaupun tidak disengajakan.
6.Mengubah niat.Umpamanya seseorang ituSolat fardu Subuh kemudian ditukar niatnyaKepada solat sunat.
7.Membelakangkan kiblat.
8.Makan walaupun sedikit seperti menelansebiji nasi.
9.Minum seperti menelan air liur yang masihlagi terasa manisnya.
10.Ketawa dan menangis.
11.Murtad iaitu keluardaripada agama islam.
Posted by ashikin at 5:53 AM 0 comments
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ini adalah titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap tuhan dengan hati bersih memperoleh kejayaan.Menguruskan jenazah adalah perkara yang tidak boleh elakkan begitu sahaja. Solat jenazah adalah fardu kifayah ke atas umat islam. Dengan adanya sebahagian umat islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis. Ramai generasi muda tidak tahu cara menguruskan jenazah dan menyerahkan sepenuhnya kepada golongan tua untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ibu atau ayah kita meninggal dunia, tergamaklah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu untuk melaksanakannya.Dalam mengerjakan solat jenazah,yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah selepas disolatkan oleh orang lelaki.
Hukum solat jenazah ini adalah fardu kifayah seperti hal menguruskannya.
1. Cara mengerjakan solat jenazah.- Bagi jenazah lelaki,imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.- Bagi jenazah perempuan,imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.- Tempat mengerjakan solat jenazah,dibolehkan di dalam masjid,di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempat itu luas dan bersih.
2. Rukun solat jenazah.-Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan.-Berdiri bagi yang berkuasa.-Bertakbir empat kali.-Salam.
3. Lafaz niat solat jenazah.
(a) Lafaz niat solat jenazah lelaki secara berjemaah dan menjadi makmum:Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.
(b) Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara berjemaah dan menjadi makmum:Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.
3. Bacaan dan doa dalam solat jenazah.
(a) Takbir yang pertama.(b) Takbir yang kedua.(c) Takbir yang ketiga.(d) Takbir yang keempat.
Posted by ashikin at 5:50 AM 0 comments
SOLAT JUMAAT
Pengertian solat jumaat ialah solat yang dilakukan pada hari Jumaat dalam waktu Zuhur sebanyak dua rakaat secara berjemaah dan didahului dengan dua khutbah.Solat Jumaat adalah solat yang diwajibkan oleh agama islam pada hari Jumaat dengan syarat-syarat yang ditentukan.Solat Jumaat hendaklah dilakukan secara berjemaah di masjid atau suatu tempat yang ditetapkan oleh pemerintah dan bilangannya mecukupi 40 orang lelaki.Cara mengerjakan solat Jumaat sama seperti solat lain sebanyak dua rakaat dengan lafaz niat.
Sunat Jumaat:
1. Mandi sunat sebelum pergi menunaikan solatJumaat.
2. Memakai pakaian yang serba putih danbersih.
3. Memotong kuku dan rambut.
4. Memakai bau-bauan.
5. Bersedekah.
Hikmah solat Jumaat:
1. Dapat mempereratkan tali persaudaraan Islam dalam sesebuah masyarakat.
2. Dapat mendengar nasihat dan pengajaran yang disampaikan dalam khutbah.
3. Meningkatkan syiar Islam di mana umat islam berkumpul seminggu sekali untuk beribadah kepada Allah.
4. Melambangkan kesatuan islam,iaitu semua yang hadir hanya mengikut seorang imam saja.
Solat berjemaah:Pengertian solat berjemaah ialah solat yang dilakukan oleh dua orang atau lebih secara bersama dengan niat mengikut imam dan hukumnya adalah sunat mua’kkad iaitu dituntut melakukannya.Sekurang-kurangnya solat berjemaah itu seorang imam dan seorang makmum.
Syarat sah berjemaah:
1. Makmum hendaklah berniat mengikuti imam.
2. Makmum hendaklah mengikuti imamnya dalam segala pekerjaan dan tidak boleh mendahului imam walaupun dengan satu perbuatan sekalipun.
3. Makmum mengetahui gerak-geri perbuatan imam.
4. Berhimpun imam dan makmum pada satu tempat.
5. Makmum hendaklah terbelakang sedikit daripada imam di sebelah kanan sekiranya makmum seorang dan di belakang imam kiranya jumlah yang ramai.
6. Susunan saf yang betul dengan didahului saf lelaki dewasa,kanak-kanak lelaki dan saf perempuan.
7. Imam tidak terpengaruh oaleh solat orang lain.
8. Bersamaan perbuatan solat antara solat imam san makmum.
9. Lelaki berimamkan lelaki,tidak dibolehkan lelaki berimamkan perempuan.
Posted by ashikin at 5:47 AM 0 comments
BERSUCI ASAS KEBERSIHAN
PENGERTIAN
●BERSUCI DARI SEGI BAHASA IALAH MEMBERSIHKAN SESUATU DARIPADA KEKOTORAN.
●BERSUCI DARI SEGI ISTILAH IALAH MEMBERSIHKAN DIRI PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA HADAS Benda Kotor:ISLAM MENGANJURKAN UMATNYA SUPAYA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESUCIAN. IA HENDAKLAH DIJADIKAN BUDAYA HIDUP UMAT ISLAM .OLEH ITU, ISLAM MENUYURUH KITA SUPAYA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PERKARA- PERKARA KOTOR DAN KEJI.nBENDA-BENDA KOTOR YANG NAJIS ADALAH SEPERTI ANJING,BABI,DARAH,BANGKAI DAN TAHI NAMUN ADA BENDA YANG KELIHATAN KOTOR TETAPI BUKAN NAJIS SEPERTI LUMPUR.DAN NAJIS.AKIBAT MENGABAIKAN KEBERSIHANMERENDAHKAN MARUAH UMAT ISLAM .TIDAK SELESA BERGAUL.TIDAK DISUKAI OLEH ALLAH.INDUSTRI PELANCONGAN TERJEJAS.MUDAH DIJANGKITI PENYAKIT.PERBANDINGAN AMALAN DI ANTARA ORANG YANG BERSIH DAN ORANG YANG PENGOTOR.AMALAN ORANG YANG MENJAGA KEBERSIHAN:MEMASTIKAN MAKANAN YANG DIAMBIL HALAL DAN BERKUALITI.SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI,MAKANAN,PAKAIAN,PERSEKITARANDAN IKIRAN.IDAK MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA.SENTIASA DALAM KEADAAN BERWUDUK.SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF DAN BERMOTIVASI.BERAKHLAK DAN BERBUDI PEKERTI YANG MULIA. AMALAN ORANG YANG PENGOTOR :MAKAN MAKANAN YANG HARAM,SYUBAHAH DAN TIDAK BERKUALITI.TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI,MAKANAN,PAKAIAN,PERSEKITARAN DAN FIKIRAN.MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA.SENTIASA DALAM KEADAAN KOTOR.SENTIASA BERFIKIRAN NEGATIF DAN MALAS.BERTINGKAH LAKU BURUK ATAU TIDAK SOPAN.HIKMAH BERSUCIMENCERGASKAN JASMANI DAN MENCERDASKAN MINDA.KELUARGA AKAN HIDUP HARMONI DAN SELESA.MASYARAKAT TERHINDAR DARIPADA PENYAKIT.MURID-MURID DAPAT BELAJAR DENGAN SELESA.EKONOMI MASYARAKAT DAPAT DITINGKATKAN.BAHAN BERSUCIAIR MUTLAK:AIR PAIP,AIR HUJAN,AIR LAUT,AIR SUNGAI,AIR PERIGI,AIR MATA AIR,AIR EMBUN,AIR SALJI ATAU AIR BATU.
■TANAH ATAU DEBU YANG SUCI UNTUK BERTAYAMUM.
■BENDA YANG KESAT SEPERTI BATU, KAYU, KERTAS DIGUNAKAN UNTUK ISTINJAK.
■ BAHAN YANG BOLEH MENGHILANGKAN DARAH DAN LENDIR YANG ADA PADA KULIT BINATANG KETIKA MENYAMAK SEPERTI BAHAN KIMIA DAN TAWAS.
Posted by ashikin at 5:44 AM 0 comments
NAJIS
PENGERTIAN NAJIS
●NAJIS DARI SEGI BAHASA IALAH BENDA-BENDA KOTOR DAN JIJIK.
●NAJIS DARI SEGI ISTILAH IALAH KOTORAN YANG MENYEBABKAN TIDAK SAH SOLAT DAN IBADAT-IBADAT LAIN.JENIS-JENIS NAJIS
●NAJIS MUHAFFAFAH:AIR KENCING KANAK-KANAK LELAKI YANG BERUMUR DIBAWAH DUA TAHUN YANG MINUM SUSU IBUNYA SAHAJA.
●NAJIS MUTAWASITAH:SEPERTI DARAH,TANAH,BANGKAI TAHI DAN SELAINNYA.
●NAJIS MARALLAZAH: ANJING,BABI DAN KEKOTORANNYA.CARA MENYUCI NAJS
●NAJIS MUHAFFAFAH:LAP TEMPAT KENA KENCING DAN RENJIS DENGAN AIR MUTLAK.
●NAJIS MUTAWASITAH:BUANGKAN NAJIS DAN BASUH DENGAN AIR MUTLAK SEHINGGA HILANG BAU,RASA DAN WARNA.
●NAJIS MURALLAZAH:BUANG NAJIS DAN BASUH DENGAN AIR MUTLAK SEBANYAK TUJUH KALI.SATU BASUHAN DARIPADANYA DENGAN AIR BERCAMPUR TANAH(SERTU).
Posted by ashikin at 5:43 AM 0 comments
ISTINJAK
PENGERTIAN DAN HUKUM
ISTINJAK IALAH PERBUATAN MEMBERSIHKAN KUBUL (KEMALUAN) DAN SELEPAS MEMBUANG AIR BESAR ATAU AIR KECIL DENGAN MENGGUNAKAN ALAT-ALAT TERTENTU.HUKUM BERISTINJAK ADALAH WAJIB.
ALAT-ALAT ISTINJAK
§AIR MUTLAK:AIR HUJAN, AIR PAIP, AIR TELAGA, AIR LAUT, AIR SUNGAI, AIR SALJI, AIR MATA AIR DAN AIR EMBUN.
■ BENDA KESAT:KERTAS, TIISU, DAUN KERING, KAYU DAN BATU.BAHAN-BAHAN YANG HARAM DIGUNAKAN UNTUK BERISTINJAK.KERTAS ATAU BAHAN YANG BERTULIS AYAT AL-QURAN ATAU HADIS NABI.TAHI KAMBING DAN TAHI LEMBU.ROTI, BISKUT ATAU BUAH-BUAHAN.PLASTIK DAN GULI.KACA DAN BULUH.SYARAT-SYARAT ISTINJAK DENGAN BENDA KESATBERSIH DAN KERING.NAJIS YANG ADA PADA KUBUL ATAU DUBUR BELUM KERING.NAJIS YANG KELUAR TIDAK MELELEH KETEMPAT LAIN SEPERTI PEHA ATAU BETIS.TIDAK ADA BENDA YANG MELEKAT DITEMPAT KELUAR NAJIS SEPERTI DEBU DAN TANAH.Cara-cara istinjak§MENGGUNAKAN BATU DAN AIR-BERSIHKAN TEMPAT KELUAR NAJIS DENGAN TIGA BIJI BATU DAN SEBIJI BATU YANG MEMPUNYAI TIGA BUCU. SETELAH ITU,BASUH DENGAN AIR MUTLAK SEHINGGA BERSIH MENGGUNAKAN AIR-BASUH TEMPAT KELUAR NAJIS DENGAN AIR MUTLAK SEHINGGA BERSIH.
■MENGGUNAKAN BENDA-BENDA KESAT-BERSIHKAN TEMPAT YANG KENA NAJIS DENGAN BENDA KESAT SEPERTI KERTAS DAN TISU HINGGA BERSIH.HIKMAH ISTINJAKDIKASIHI OLEH ALLAH.DAPAT MELAKUKAN IBDADAT DENGAN KHUSYUK.TERHINDAR DARIPADA PENYAKIT.MENYEGARKAN BADAN DAN MEMBEERIKAN KETENANGAN JIWA.MEMBERI KESELESAAN KEPADA DIRI DAN ORANG LAIN.MELAHIRKAN INDIVIDU YANG SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN.
Posted by ashikin at 5:41 AM 0 comments
PAK LOMAK
PAK LOMAK Oleh Haji Ismail Adnan - Tokoh-tokoh Ternama Negeri Johor (Yayasan Warisan Johor)Pak Lomak ialah salah seorang pejuang terbilang Johor yang sentiasa diingati kerana sumbangan pentingnya dalam perkembangan ghazal sebagai seni muzik yang menjadi identiti kebudayaan Johor. Menurut Mohd. Ishak Abdul Aziz dalam tulisannya yang diterbitkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1978, Pak Lomak merupakan seorang tokoh yang digelar sebagai Bapa Ghazal Melayu Johor atau Pendeta Ghazal Melayu Johor. Justeru perbincangan tentang perkembangan muzik ghazal Johor tidak lengkap sekiranya tidak dikaitkan dengan nama Pak Lomak.Sebenarnya sumbangan Pak Lomak dalam pembangunan negeri Johor tidak terbatas dalam perkembangan senimuzik ghazal semata-mata. Beliau juga adalah seorang pegawai tentera yang berdedikasi dalam Pasukan Askar Negeri Johor (Johore Military Force) berpangkat Leftenan Kolonel di bawah pimpinan Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim, pentadbir yang berjaya, penggiat drama bangsawan yang gigih, penulis dan ahli bahasa yang berwibawa. Sehingga akhir hayatnya Pak Lomak adalah Setiausaha Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBMPB) di bawah pimpinan Mejar Dato’ Haji Mohd Said Sulaiman. Jawatan-jawatan lain yang pernah disandang oleh Pak Lomak termasuk Komandan Pasukan Askar Negeri Johor, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan Ahli Majlis Menyusun Rang Undang-undang Kawalan Islam Johor.Dalam bidang penulisan, antara hasil karya Pak Lomak termasuk syair-syair yang digubah dengan menggunakan tema berdasarkan bulan-bulan dalam kalendar Islam. Misalnya syair beliau untuk bulan Syawal digubah dalam bentuk Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang kreatif dan menarik.Pak Lomak atau nama sebenarnya Musa bin Yusof telah dilahirkan pada 2 Mac, 1889. Nama Pak Lomak sebenarnya adalah gelaran yang diberi oleh keluarganya sendiri sebagai mengambil sempena kenalan baik keluarga bangsa Jerman yang bernama Lomax. Beliau merupakan anak saudara kepada Ibrahim bin Mohd. Salleh (Pak Yem) dan cucu kepada Mohd. Salleh b. Perang, Dato’ Bentara Luar yang dikenali sebagai perintis ghazal Melayu Johor. Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa Pak Lomak adalah pewaris yang melanjutkan kesinambungan perkembangan ghazal di negeri Johor daripada datuknya, tak ubah bagaikan kuah tumpah ke nasi. Dalam hubungan ini, Dato’ Abdullah Mohamed dalam tulisannya The Ghazal in Arabic Literature and in Malay Music (Malaysia in History, Jilid 14, Oktober 1971, Persatuan Sejarah Malaysia) antara lain menyatakan:(Dato’ Bentara Luar) was a man of great versatility. Among his hobbies was music of all sorts….He brought Malay music, including the ghazal, to the area in Johore…Most members of his families of the old Datos in Johore, have retained an interest in music, especially the ghazal. His grandson, the late Colonel Musa of the old Johore Military Force was one of the finest exponents of the ghazal.Minat Pak Lomak terhadap muzik ghazal amat mendalam. Boleh dikatakan Pak Lomak sanggup pergi kemana sahaja untuk mengetahui lebih banyak lagi hal ehwal dan selok belok muzik ghazal ini. Malah apa sahaja yang dikaitkan dengan muzik dipelajarinya tanpa mengerti erti jemu. Beliau pernah merantau ke India memperlajari muzik, dan kembali ke negeri Johor dengan membawa bersama-sama pelbagai alat muzik India seperti Tabla dan Harmonium yang disesuaikan penggunaannya ke dalam muzik ghazal Melayu. Tidak ketinggalan juga, Pak Lomak memperlajari cara-cara bermain pelbagai alat muzik di samping belajar menyanyi pelbagai lagu berirama Hindustan, Parsi, Cina, Jepun dan lain-lain lagi. Dan segala usaha pembelajarannya itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini jelas dapat dilihat dalam melalui tulisan Pak Lomak sendiri yang terungkap di dalam autobiografinya. Dalam autobiografi ini, antara lain Pak Lomak menulis:Berlagu seperti Maulud Melayu, berzanji berqasidah lagu-lagu Arab semuanya itu saya campuri dan permainan bunyi-bunyian dan nyanyian seperti muzik ghazal Melayu, zapin Arab hingga nyanyian dan bunyian Cina dan Jepun itu pun saya campuri juga. Ada juga saya karangkan lagu-lagu joget dan lagu-lagu zapin. Tetapi lagu-lagu ghazal Melayu yang lebih banyak, menurut rentak senjut secara Hindustan.Segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang terhimpun dalam diri Pak Lomak itu dicurahkan dalam usahanya untuk memperkembangkan muzik ghazal Johor, terutama melalui penubuhan kumpulan-kumpulan ghazal di daerah-daerah seluruh negeri Johor. Sesungguhnya Pak Lomak adalah tokoh yang bertanggungjawab menyebar-luaskan muzik ghazal Melayu sehingga akhirnya muzik ini diterima sebagai salah satu cabang kesenian Melayu yang menjadi hak rakyat dan negeri Johor.Dalam hubungan ini, usaha menyebarkan muzik ghazal secara meluas ke daerah-daerah ini amat berkesan. Boleh dikatakan di setiap daerah yang menubuhkan kumpulan ghazal, Pak Lomak pernah menjadi pemimpinnya. Usaha Pak Lomak bermula dengan penubuhan ghazal di Johor Bahru pada tahun 1906. Beberapa pembaharuan telah dilakukan dalam kumpulan ghazal ini, termasuk mendendangkan lagu-lagu berirama Parsi dan Hindustan bersama-sama dengan lagu-lagu ghazal Melayu serta penggunaan tabla sebagai alat tambahan yang digunakan dalam persembahan kumpulannya. Selain itu, Pak Lomak juga pernah memimpin kumpulan ghazal di Muar yang ditubuhkan ketika beliau bertugas sebagai seorang pegawai tentera berpangkat Mejar di dalam Pasukan Askar Negeri Johor yang berpengkalan di Tanjung Ketapang, Muar.Usaha Pak Lomak menubuhkan kumpulan-kumpulan ghazal menyebabkan seni muzik ghazal tersebar luas dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan. Hal ini merupakan satu perkembangan yang menarik. Bagi meningkatkan lagi perkembangan muzik ghazal ini, Pak Lomak kemudiannya telah berusaha menyediakan satu wadah galakan dalam bentuk pertandingan ghazal antara daerah-daerah di negeri Johor. Pak Lomak sendiri menggerakkan segala perancangan dan perlaksanaan pertandingan ini, termasuk dari segi menyediakan peraturan pertandingan. Pertandingan ini telah diadakan sekitar tahun 1940 an dan pernah dijalankan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Singapura.Sesungguhnya Pak Lomak adalah seorang pejuang terbilang Johor yang serba boleh dalam pelbagai bidang - penulisan, pentadbiran, pementasan dan ketenteraan. Namun begitu, sumbangan terbesar Pak Lomak terhadap negeri Johor khasnya dan negara amnya adalah dalam bidang muzik ghazal. Jika datuknya Dato’ Bentara Luar dianggap sebagai perintis ghazal Melayu Johor, maka Pak Lomak adalah penerus tradisi yang amat berwibawa sehingga layak dengan gelaran Bapa Ghazal Melayu Johor.Dalam bidang muzik, Pak Lomak tidak sekadar dapat memainkan pelbagai jenis alat muzik lama dan baru, tetapi juga mencipta lagu-lagu dan sekaligus menyanyikan lagu-lagu tersebut. Lagu-lagu ciptaan Pak Lomak tidak sekadar terhad kepada rentak ghazal sahaja, tetapi meliputi juga lagu-lagu rentak zapin dan joget. Namun begitu, lagu-lagu ghazal lah merupakan ciptaannya yang berkesan, diminati dan terus kekal popular hingga sekarang bagaikan tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Usaha mencipta lagu-lagu ghazal antara lain adalah hasil pertandingan ghazal yang dianjurkannya itu yang telah memberi dorongan kuat untuk terus bergiat dengan lebih aktif di dalam bidang kesenian ini. Antara lagu-lagu ghazal ciptaan Pak Lomak termasuklah Seri Mersing, Musalmah, Embun Menitik, Pak Ngah Balik, Jalak Lenteng, Kuala Sedili, Kuala Mersing, Puteri Ledang, Makan Sirih, Seri Banang, Seri Sedili, Embun Berderai, Teberau Kampung, Fajar Menyingsing, Nari Rendam, Hidup Tak Lama, Seri Muar, Datuk Keramat, Punai Melayang, Gunung Banang, Tanjung Malim dan Seri Pontian.Sebagai kesimpulan, dapatlah diringkaskan bahawa Pak Lomak merupakan seorang tokoh pejuang Johor yang mengangkat martabat negeri ini melalui kesenian, khususnya ghazal Melayu yang amat terkenal itu.”Pak Lomak adalah ghazal dan ghazal adalah Pak Lomak” bukan merupakan ungkapan yang asing apabila merujuk peribadi tokoh penting ini. Pak Lomak telah menyebatikan dirinya dengan muzik Ghazal dan meletakkannya menjadi identiti kebudayaan Johor melalui usaha-usaha berikut:* Mencipta lagu-lagu ghazal berkualiti, terus terkenal dan berkekalan.* Menyebarkan perkembangan ghazal secara luas meliputi daerah-daerah seluruh negeri Johor melalui penubuhan kumpulan-kumpulan ghazal di peringkat daerah.* Memantapkan persembahan ghazal dengan cara menambahkan bilangan alat-alat muzik yang digunakan dalam kumpulan ghazal termasuk alat-alat moden dan traditionaldan* Memodenkan corak persembahan muzik ghazal dengan memasukkan lagu-lagu berirama Hidustan dan Parsi dalam persembahan di samping mengubahsuai penggunaan alat muzik, misalnya gambus menggantikan sitar.Komitmen Pak Lomak terhadap semi muzik ghazal begitu mendalam sekali. Minatnya tidak pernah luntur, kecintaannya tidak pernah pudar dan keyakinannya tidak pernah tergugat. Beliau telah menghabiskan usianya mengabdikan dirinya mengembangkan muzik ghazal Melayu ini secara berterusan. Pak Lomak terus menyemarakkan muzik ghazal hingga ke akhir hayatnya. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 Jun 1960 ketika mengadakan persembahan muzik ghazal di kediaman Ungku Moksin di hadapan para tetamu termasuk yang datang dari Amerika Syarikat. Usia Pak Lomak ketika itu ialah 79 tahun.
Posted by ashikin at 5:39 AM 0 comments
Konsep Muslim dan Mu'min
OBJEKTIF
MEMBERI PENGERTIAN ISLAM,IMAN,DAN IHSAN MENYATAKAN DALIL NAQLI MENGENAI ISLAM,IMAN,DAN IHSANMENJELASKAN SIFAT-SIFAT MUSLIM DAN MU’MIN SERTA PERBEZAAN DI ANTARA KEDUA-DUANYAMENYENARAIKAN CIRI-CIRI MUHSAN YANG SEJATI.
ISLAM
ISLAM PADA BAHASA ADALAH SEJAHTERA,SELAMAT,AMAN DAN MENYERAH.PADA SYARA’ PULA MENYERAH DIRI KEPADA ALLAHIMAN•
IMAN
PADA BAHASA IALAH PERCAYA DAN YAKIN.PADA SYARA’ PULA MENGAKU DENGAN LIDAH,MEMBENARKAN DALAM HATI DAN MENGAMALKAN SEGALA PERINTAH ALLAHIHSANIHSAN PADA BAHASA ADALAH MEMBUAT KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN,MANAKALA PADA SYARA’ PULAIALAH KESUNGGUHAN,KETEKUNAN DAN KEIKHLASAN DALAM MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN.
Posted by ashikin at 5:34 AM 0 comments